Tentang Kami

NFZ Property ditubuhkan pada tahun 2017. Ekuiti syarikat NFZ Property dimiliki 100% sepenuhnya milik bumiputera dan didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia. NFZ Property diterajui oleh barisan pengurusan yang mahir dalam bidang pemasaran selaras dengan misi dan visi syarikat. Kakitangan NFZ Property sentiasa diberikan khidmat latihan professional dan teknikal serta kursus yang berkaitan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengetahuan dan kualiti kerja yang memuaskan sejajar dengan kehendak prospek.

NFZ Property memperkukuhkan pengurusan dalam bidang perundingan dan pemasaran hartanah melalui kekuatan konsultan yang terlatih secara profesional dan berdaya saing dari segi pengetahuan dan teknik jualan.

Pemasaran hartanah yang diuruskan oleh NFZ Property merangkumi jualan dan dokumentasi untuk diajukan kepada pihak bank dan juga Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) untuk prospek yang terdiri dengan kakitangan kerajaan dan swasta.